Dimiliki oleh NJ PRODUCTS & SERVICES (JM0762664-A)

Selamat Datang ke NJ Legacy Store. Welcome to NJ Legacy Store

Disini kami membantu anda mendapatkan produk cetakan yang anda sangat perlukan dengan harga yang terbaik.

We are now on SHOPEE !

Go and shopping now at our store.

Tempahan Baju/Jersi Sublimation. Dijamin harga TERENDAH DI JOHOR BAHRU !

Cetakan secara Sublimation adalah TREND pasaran terkini. Dicetak mengikut citarasa rekaan yang diinginkan pelanggan. Hasil cetakan yang sempurna, berkualiti dan ghairah memakainya !

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Jun 15, 2019

Majlis Perbandaran Muar-Tempahan Bendera Daerah Johor saiz 4' x 6' jenis Woollen

[11 Jun 2019]

Kami menerima tempahan khas daripada pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) bagi kerja-kerja mencetak dan membekal 7 helai bendera daerah-daerah Johor saiz 4' x 6'.
Difahamkan, tempahan khas ini bagi keperluan utama Dewan Jubli Intan Muar yang menjadi lokasi Majlis Istiadat Penyampaian Darjah dan Pingat Kebesaran oleh DYMM Tuanku Sultan Johor pada 24 Jun 2019.

Tempahan ini adalah custom-made oleh kerana pihak MPM mengkehendaki saiz 4' x 6' dan jenis material kain yang tebal supaya bendera tidak terlalu berkibar apabila digantung di dalam dewan. Setelah kami memberi sumbang-saran, maka dipersetujui jenis kain yang dipilih ialah WOOLLEN.

Kain Woollen adalah jenis material yang tebal dan sangat lasak. Berbeza dengan material polyester dan cotton, bendera daripada material ini dibuat dengan memotong dan menjahit kain tersebut. Sebelum kain dipotong ia mesti diukur dengan tepat bagi mengelak ukuran bendera tersalah apabila telah siap. Kebiasaan, kain Woollen digunakan untuk membuat bendera yang digantung di kapal laut seperti Bendera Polis Marin, Kastam, APMM & Jabatan Laut.

Kami diminta untuk menyiapkan bendera daerah Johor Bahru dahulu sebagai contoh (sample) untuk dibentangkan kepada pengurusan MPM. Jika sample ini sangat menepati spesifikasi oleh MPM, maka tempahan bendera selebihnya akan dimuktamadkan.

Maka, alhamdulillah kami bersyukur, sample bendera yang kami serahkan untuk diteliti telah diterima dan berjaya lulus (dengan sedikit teguran) untuk membekalkan bendera selebihnya. Sejurus itu, kami bertungkus lumus menyiapkan baki 6 helai bendera sasaran siap pada 22 Jun. Terima kasih MPM !

  
  
  

[Kemaskini 22 Jun 2019]

Alhamdulillah kami dapat siapkan lebih awal pada Jumaat 21 Jun. Oleh kerana item ini diperlukan segera, maka kami menghantarnya terus tanpa khidmat courier. Pada pagi Sabtu 22 Jun di Plaza Tol Ayer Hitam, kami menyerahkan tempahan ini kepada wakil MPM.

NJ Legacy Store berbesar hati dapat sama membantu MPM bagi kerja-kerja persiapan majlis istiadat tersebut. Alhamdulillah majlis istiadat pada Isnin 24 Jun tersebut telah berlangsung dengan lancar dan sempurna.

  
  
Catatan: Bendera Batu Pahat, Pontian dan Mersing dalam 2 gambar di atas telah digantung terbalik. 
Kami telah memaklumkan kepada wakil MPM agar diperbetulkan. 

Credit photo: Royal Johor Press Office
  

  

---------
Mana-mana entiti/syarikat ingin buat tempahan dengan kami boleh whatsapp 017-7382852 atau emel njlegacystore@gmail.com untuk sebutharga awal.

Teruskan menyokong NJ Legacy Store ! Layari web kami di https://njlegacystore.blogspot.my/

#nj_legacy #bendera #cetakbendera #bekalbendera #pembekalbendera #pembekalbenderajohor #benderajohor #benderamalaysia #benderadaerah #benderaasean #flag #customflag #polymesh
Share: